|
|
Monday, October 02, 2006

SORRY...
- THIS SITE UNDER -
- CONSTRUCTION -
Posted at 02:31 pm by fir_akmar
Permalink
Thursday, May 05, 2005
Setiap orang mempuyai perasaan atau rasa di dalam lubuk hati yang paling dalam. Biasanye kita selalu berasa gembira, sedih, dan yag paling teruk ialah kecewa. Ianye berlaku secara tidak disangka dan dijangka. Tetapi pernahkah diantara kita yang mengalami ketiga-tiga perasaan itu dalam satu masa yang sama...???
Dalam masa kita sedang menikmati kegembiraan yang kita kecapi tetapi dalam masa yang sama juga kesedihan dan kekecewaan menyelubungi setiap rasa kegembiraan yang kita ada. Mungkin ada sesetengah orang yang tidak pernah mengalaminye tetapi bagaimana yang pernah mengalaminye..???
Jika kita lihat seseorang itu sedang gembira jangan disangka dia sebenarnye dalam keadaan demikian. Perlukah masa sedang gembira dirampas oleh kesedihan dan kekecewaan..?? Kita cuma nampak dari sudut luaran sahaja. Cuma tuan punye badan sahaja yang tau perasaan sebenarnye...???
Kita gembira bila melihat sesuatu didepan mata yang mungkin kita dapat tetapi kita sedih dan kecewa bila ia gagal dimiliki oleh kita...
Pernahkah anda merasainye...???? Hehehehe sekadar bertanye.
Posted at 03:56 am by fir_akmar
Permalink
Monday, April 25, 2005
.: Malam Ku Masih Lagi Kesepian :.
Lokasi : Depan komputer
Waktu : Pukul 5.00 pagi
Dikala waktu begini pasti kamu semua sedang mengalami mimpi yang indah. Mesti bestkan bila kita dapat tidur dengan nyenyak dan mendapat mimpi yang indah seperti berjumpa dengan sang puteri ke menjadi jutawan ke dan ape-ape lah yang best.
Dikala waktu begini juga kita dapat merehatkan badan dengan secukupnye untuk melakukan aktiviti pada hari esok. Rehat yang secukupnye pasti akan memberi tenaga yang diperlukan dan idea fikiran yang bernas.
Dikala waktu begini juga kita dapat melakukan ibadah kepada tuhan yang maha kuasa dengan memohon kepadaNya agar memberi petunjuk dan hidayah supaya mudah bagi kita menjalankan tugas-tugas yang telah diwajibkan ke atas kita.
Dikala waktu begini juga saya masih lagi menghadap komputer kerana tidak dapat melelapkan mata walau seketika pun. Saya memohon agar diberi peluang supaya saya dapat merasai ketiga-tiga perkara di atas pada setiap malam dengan normal dan teratur.
Dikala waktu begini juga saya mendapat perancangan ape yang sepatutnye dilakukan pada hari esok supaya saya dapat mengatur masa agar tidak dibazirkan dengan begitu sahaja. Setiap kerja perlu diselesaikan mengikut perancangan agar tidak mengganggu perkara lain.
Dikala waktu begini juga saya berharap agar dapat tidur dengan nyenyak dan saya juga berharap ape yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.
p/s : entahla kenapa jadi begini... saya pun tak dapat nak terangkan...
Posted at 05:22 am by fir_akmar
Permalink
Tuesday, April 19, 2005
CINTA
Menapak jalan yang menjauh
Tentukan arah yang kumau
Tempatkan aku pada satu peristiwa
Yang membuat hati lara
Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita
Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia
Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita
Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia
Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimana pun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan
Nyanyian : Melly Goeslaw feat. Kris Dayanti
Cinta...? Mengapa ada cinta? Bukankah cinta itu buta? Tapi kita tetap juga mengejar cinta. Cinta hadir tanpa dipaksa dan hilang tanpa disedari. Jadi mengapa ada cinta? Kita tidak perasan bila cinta itu hadir tapi kita perasan bila cinta itu pergi.
“Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimana pun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan.”
p/s: gue jiwang sangat ke...? tak pelah gue jiwang sekali sekala...
Posted at 04:07 pm by fir_akmar
Permalink
Friday, April 15, 2005
Malam tadi kedai aku didatangi oleh 3 orang GJ yang tersampai cepat untuk ke KLD kerana tak sabor. Mereka ialah pak bear (tak dikira kerana orang melaka) ayares dan nida. Mereka sampai lebih kurang dalam kul 12. Bila melihatkan muka dia orang tau la aku bahawa mereka ni lapar tahap cipan punye...hehehe
Setelah memilih ikan jenak untuk dimakan, barulah mereka duduk (kalau tak dia orang berdiri je). Aku pun meminta tolong pada chef aku supaya masak cepat ckit kerana mereka ni lapar gilos. (sampai nak gigit jari).
Lebih kurang 20 minit makanan yang dipesan pun tiba. Aku ingatkan bila makanan dah sampai meraka terus baham tapi ada plak sesi bergambar. Si ayares ngan pak bear la. (aku tau nida memang dah tak sabar sebenarnye. tapi kontrol beb) hehehe. Amik gambar hidangan sebelum dan selepas di makan.
Bila aku tanye nak buat ape? Dia orang kata nak publish kat forum. Senang ckit keje aku. Tak yah nak promote dah ada orang nak tolong promote kan. Abis je sesi bergambar ngan tak bercakap ape2 ngan tak toleh kiri kanan tau-tau je dah abis. Si nida tu tak padan kecik mkn nasi lemak sampai 2 bungkus. Pak bear ngan ayares lagi la tak yah cakap ape2. (tengok name pak bear pun tau kan).
Lebih kurang kul 1.30 mereka pun beransur pulang (itu pun bila aku buat cara nak menghalau customer). Tak boleh la cakap derek. Kang kecik ati diaorang, aku juga yang rugi...Pastu aku pun tutup kedai. Aku sampai kat umah dalam kul 2.30
Saat yang boring pun menjelma. Aku tak leh melelapkan mata. Ketika aku entrykan cita ni pun mata aku tak ngantok2 lagi. Tapi budak 3 orang tu konpem dah tido. Ye la perut kenyang katakan. Nak tipon tapi orang yang aku tipon tu offkan tipon dia. Ai bertambah boringle aku... Tapi aku gumbira malam ni sebab dia orang lantit kat kedai aku. Kepada GJ yang lain..! Korang bila lagi..?
Dah la aku nak cuba tido. Kalau tak leh juga aku nak kejut smua orang yang ada dalam phonebook handphone aku supaya mereka juga tak tido mcm aku. Hehehehe
p/s: Pak bear, ayares dan nida jgn marah ye...Aku gurau je. Aku tambah ajinomoto dalam entry aku nie....
Posted at 05:47 am by fir_akmar
Permalink
Thursday, April 14, 2005
Sejak kebelakangan ni bila tiba je waktu tido, aku cukup susah nak tido. Nak kata aku tido siang banyak sangat tak juga. Langsung tak tido ade la. Aku pun tak tau kenape. Nak kata jiwa kacau tak juga. 2 tahun dulu yela. Masa belaja dulu klau tido lambat ni perkara biasa. Tapi kalau skang pening kepala aku di buatnye. Pukul 3-4 pagi baru aku boleh tido. Itupun ade orang ajar cara macam mane nak tido. Dia suruh aku tutup mata dan kira kambing biri-biri lompat pagar. Mcm nak tergelak pun ade.
Entah la aku pun tak tau nape aku susah nak tido. Mungkin banyak perkara yang bermain di fikiran aku. Masa ni la aku gunakan untuk online ataupun bercakap di talipon. Tapi sampai bila..? Takkan orang yang aku tipon tu tak tido mcm aku juga. Hmmm....
Bila dah susah nak tido, aku selalu la termenung. Teringat semula kisah2 lama yang aku cuba padamkan dan perjalanan hidup aku. Aku selalu berharap ape yang diimpikan menjadi kenyataan. Tapi buat mase sekarang aku menanti sesuatu yang perkara yang aku harapkan ianye terjadi. Tak kira sampai bila saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun aku tetap akan tunggu.
Hhmmm... penantian ni satu penyiksaan. Ape kan daya aku hanye insan yang lemah. Mungkin satu hari nanti kehidupan aku akan kembali normal bila aku dapat ape yang aku inginkan. Ape yang aku tulis ni pun aku x tau. Janji aku dapat hilangkan keboringan aku di malam hari. Itu saje yang mampu aku lakukan.
Yang pasti sebelum aku melelapkan mata aku akan pastikan bilakah perkara yang aku harapkan itu menjadi kenyataan... akhirnye aku dapat tido juga...
Posted at 02:03 am by fir_akmar
Permalink
Sunday, April 10, 2005
Kadang2 bila aku dok keseorangan di rumah aku teringat kembali peristiwa yang banyak mengajar aku dalam hidup ni. Yela...ari ni kita buat baik kat orang, maka balasan yang kita dapat juga baik. Begitu juga sebaliknye.
Aku ni suka ketawa tak kira kalau ia melibatkan aku ataupun orang lain. Masa aku belaja dulu, aku ada amik subjek Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. So lecturer yang mengaja aku subjek ni adalah seorang ustaz.
Pada satu ari ketika aku dalam kelas ustaz ni, aku telah buat satu perkara yang amat memalukan. Dah la klas time tu kat 80 orang. Kisahnye begini..ketika ustaz tu sedang mengajar, dia ada buat satu lawak tentang ape pun aku dah tak ingatla. Tapi dia nye lawak memang lawak gila la pasal sorang student. Aku pun bantai la ketawa sampai tak ingat dunia.
Bila klas dah berenti ketawa, aku still lagi ketawa mengingatkan lawak yang telah dibuat. So ustaz ni dengarla aku nye ketawa. Dia pun berkata
"Sudah2 la ketawa tu. Bawa beristighfar ckit. Cuba awak istighfar"
Aku pun dengan selamba dan konpidennye beristighfarla..
"Asyhaduallahilahailallah Waasyhaduanna Muhammadarasullah"
Satu klas terdiam bila aku beristighfar. Ustaz tu boleh suruh aku ulang sekali lagi. Aku pun ulang la ayat yang sama.... Pastu tak pasal2 satu klas boleh gelak termasuk la ustaz tu skali. Aku konpius sekejap. Bila dah reda ketawa barula ustaz tu cakap
"Awak istighfar ke mengucap?"
Bila aku ingat balik ape yang aku cakap, sah la aku dah mengucap bukan istighfar. Semenjak ari tu aku fobia nak masuk klas ustaz tu.
Bila dikenangkan kembali, tuhan maha adil. Semua perkara yang kita lakukan akan dibayar cash. Cuma masa dan keadaan yang berlainan. Aku dapat balasan time tu juga. Yela ketawa kan orang sangat akhirnye aku sendiri dapat bala... Ai ustaz...ustaz Ahmad Sabri. Takkan ku lupakan name mu...
Posted at 06:30 pm by fir_akmar
Permalink
Monday, April 04, 2005
Selama ni aku jarang nak pk pasal pokok pisang sebab kat umah aku ni belambak. So aku makan je la pisang ape yang ada. Tapi suatu ari ada seseorang minta tolong kat aku untuk mencarikan pokok pisang emas dan abu. Kat area umah aku ni mmg le belambak pokok pisang tapi sebenarnye aku langsung tak kenal pokok pisang yang diminta tu.....ahahahaha
So aku pun meminta pertolongan dari member aku sbb member aku ni petani moden ckit. Orang tu nak 20 batang pisang emas dan 20 batang pisang abu. Dia datang amik pada ari ahad. Aku terpikir juga boleh ke aku cari 40 batang tu.. tapi x pe biar member aku yang setelkan.
So pada ari semalam setelah orang tu sampai, dia dan kawannye, maka berkanjau la aku di dalam utan dan kebun mencari pisang tersebut. Yang nak buat aku tergelak ialah disebabkan aku dah biasa dok kampung and kuar masuk kebun jadi NYAMUK YANG ADA DALAM KEBUN TU DAH KENAL AKU. NYAMUK TU TAK KENAL PENDATANG SO NYAMUK TU GIGIT LA DIAORANG TU....
Aku dok ketawa bila diaorang kena gigit dan tergaru-garu kt badan. KAH KAH KAH.... Last last orang tu bawa balik 9 batang pisang abu dan 5 batang pisang emas. Bila aku tanye cukup ke..? Dia orang kata cukup. Tapi aku rase diaorang tu tak tahan kena gigit nyamuk kot....? HEHEHE
Cian kat diaorangkan.. Yelah dah biasa dok bandar. Mane nak same ngan kampung..
Posted at 09:23 pm by fir_akmar
Permalink
Saturday, March 26, 2005
Malam semalam merupakan malam yang malang bagi aku kerana aku telah melanggar kereta seseorang dari belakang. Nasib baik aku sempat tekan brek walaupun dah kena kereta kat depan aku. Xcident ni terjadi ketika aku pergi ke Muar utk membeli mee bandung utk mak tersayang. So aku pegi le sorang2..
Bila dah beli and on the way nak balik, ketika tiba di jambatan Muar tu ada sebuah keta di depan aku. Aku nampak dan aku pun pijak la brek. Pastu bila aku nampak keta tu jalan, aku pun jalan la. Tapi tiba2 keta tu tekan brek balik. Aku ape lagi tak sempat lah dan terkena sebelah depan kiri. Nasib baik aku pakar cilok ckit, so yang kena tu ckit jelah. Ckit tak ckit pun lampu ngan signal dah pecah. Keta kemek pulak. Aduh.....pening kepala aku.
Bila aku turun dan owner keta depan pun turun. Seorang pompuan India yang dah berumur. Aku tanye nape dia brek semula..? Dia boleh cakap kat aku tepon dia berbunyi. Bila aku dengar je betapa frust nye aku. Tuhan je yang tahu. Kalau ikutkan hati nak tumbuk je owner keta tu. Keta dia tak de ape2 pulak. Cuma calar je. Lagi le hangin aku....
Aku pun malas nak cite panjang, dan India tu pun kata tak kisah sebab keta dia calar ckit je. Calar ckit, abis aku nye keta ape cite..? So aku pun pulang la ke rumah dengan perasaan yang tidak boleh digambarkan. Ari ni ak pun gi le bengkel utk membetulkan semula lampu dan bahagian yang kemek. Tak pasal2 je kena 200 hengget. Pergh......
Ai....minachi2. Lu memang sue lah...! Tipon saya berbunyi... tu ayat yang tak boleh aku lupa sampai mati...!
Posted at 08:14 pm by fir_akmar
Permalink
Thursday, March 24, 2005
Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London
Petikan ini aku ambil dari utusan online..
Kata Siti, sejak mendapat tempat beraksi di pentas berprestij Royal Albert Hall London hampir setahun lalu, pihaknya telah berusaha mendapatkan penajaan khususnya daripada pelbagai badan-badan korporat.
Malangnya, usaha itu amat kurang mendapat perhatian. Tidak ramai pihak tampil membantu.
Mungkin mereka punya alasan tersendiri, namun persoalannya kata Siti, mengapa apabila bidang-bidang lain seperti bidang sukan meminta penajaan, banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.
Sedangkan tegas penyanyi itu, misi mereka adalah sama iaitu untuk menaikkan nama negara di mata dunia.
``Siti agak terkilan dengan situasi ini kerana jelas sekali apabila ada usaha daripada bidang seni untuk ke peringkat global, pasti ia kurang mendapat perhatian.
``Tapi kalau tengok bidang sukan misalnya, apabila ada pihak yang mahu melakukan sesuatu atas nama negara, banyak pula yang menghulurkan bantuan.
``Pada hal, apa yang kami lakukan dan matlamatnya juga sama. Mahu menaikkan nama negara di mata dunia,'' katanya sebak.
Siti memberitahu bidang seni juga perlukan penghargaan daripada pelbagai pihak dalam usaha menyokong penglibatan mereka di peringkat antarabangsa.
``Bidang seni kita sebenarnya boleh diterima dan mendapat perhatian dunia. Cuma peluang untuk merealisasikannya agak terbatas ekoran pelbagai halangan terutama yang melibatkan kewangan,'' jelasnya lagi.
Aku bukan tak sokong ape yang ct buat. Cuma cara dia minta penaja utk konsertnye tu tak kena gaya. Sebenarnye penjaan utk ct di sana semuanye telah ada...termasuklah tiket kapal terbang dan penginapan.
Tetapi ape yang menjadi masalahnye skang bila ct bawa peminat dia sekali. Patut ke dia minta penaja utk peminat dia sekali...? Lepas tu ct nak terkilan pulak sebab tak de penaja. Mane boleh mcm tu... Memang ct yang mengharumkan nama negara tetapi peminat dia tak de pun.
Kat sane bukannye tak de orang malaysia. Kalau betul nak tau ct tu glamour ke tak, kita tengoklah berapa ramai rakyat britain yang saksikan konsert tersebut...
Posted at 04:25 pm by fir_akmar
Permalink
|
|
|