Malam semalam merupakan malam yang malang bagi aku kerana aku telah melanggar kereta seseorang dari belakang. Nasib baik aku sempat tekan brek walaupun dah kena kereta kat depan aku. Xcident ni terjadi ketika aku pergi ke Muar utk membeli mee bandung utk mak tersayang. So aku pegi le sorang2..
Bila dah beli and on the way nak balik, ketika tiba di jambatan Muar tu ada sebuah keta di depan aku. Aku nampak dan aku pun pijak la brek. Pastu bila aku nampak keta tu jalan, aku pun jalan la. Tapi tiba2 keta tu tekan brek balik. Aku ape lagi tak sempat lah dan terkena sebelah depan kiri. Nasib baik aku pakar cilok ckit, so yang kena tu ckit jelah. Ckit tak ckit pun lampu ngan signal dah pecah. Keta kemek pulak. Aduh.....pening kepala aku.
Bila aku turun dan owner keta depan pun turun. Seorang pompuan India yang dah berumur. Aku tanye nape dia brek semula..? Dia boleh cakap kat aku tepon dia berbunyi. Bila aku dengar je betapa frust nye aku. Tuhan je yang tahu. Kalau ikutkan hati nak tumbuk je owner keta tu. Keta dia tak de ape2 pulak. Cuma calar je. Lagi le hangin aku....
Aku pun malas nak cite panjang, dan India tu pun kata tak kisah sebab keta dia calar ckit je. Calar ckit, abis aku nye keta ape cite..? So aku pun pulang la ke rumah dengan perasaan yang tidak boleh digambarkan. Ari ni ak pun gi le bengkel utk membetulkan semula lampu dan bahagian yang kemek. Tak pasal2 je kena 200 hengget. Pergh......
Ai....minachi2. Lu memang sue lah...! Tipon saya berbunyi... tu ayat yang tak boleh aku lupa sampai mati...!