|
Petikan ini aku ambil dari utusan online.. Kata Siti, sejak mendapat tempat beraksi di pentas berprestij Royal Albert Hall London hampir setahun lalu, pihaknya telah berusaha mendapatkan penajaan khususnya daripada pelbagai badan-badan korporat. Malangnya, usaha itu amat kurang mendapat perhatian. Tidak ramai pihak tampil membantu. Mungkin mereka punya alasan tersendiri, namun persoalannya kata Siti, mengapa apabila bidang-bidang lain seperti bidang sukan meminta penajaan, banyak pihak tampil menghulurkan bantuan. Sedangkan tegas penyanyi itu, misi mereka adalah sama iaitu untuk menaikkan nama negara di mata dunia. ``Siti agak terkilan dengan situasi ini kerana jelas sekali apabila ada usaha daripada bidang seni untuk ke peringkat global, pasti ia kurang mendapat perhatian. ``Tapi kalau tengok bidang sukan misalnya, apabila ada pihak yang mahu melakukan sesuatu atas nama negara, banyak pula yang menghulurkan bantuan. ``Pada hal, apa yang kami lakukan dan matlamatnya juga sama. Mahu menaikkan nama negara di mata dunia,'' katanya sebak. Siti memberitahu bidang seni juga perlukan penghargaan daripada pelbagai pihak dalam usaha menyokong penglibatan mereka di peringkat antarabangsa. ``Bidang seni kita sebenarnya boleh diterima dan mendapat perhatian dunia. Cuma peluang untuk merealisasikannya agak terbatas ekoran pelbagai halangan terutama yang melibatkan kewangan,'' jelasnya lagi. Aku bukan tak sokong ape yang ct buat. Cuma cara dia minta penaja utk konsertnye tu tak kena gaya. Sebenarnye penjaan utk ct di sana semuanye telah ada...termasuklah tiket kapal terbang dan penginapan. Tetapi ape yang menjadi masalahnye skang bila ct bawa peminat dia sekali. Patut ke dia minta penaja utk peminat dia sekali...? Lepas tu ct nak terkilan pulak sebab tak de penaja. Mane boleh mcm tu... Memang ct yang mengharumkan nama negara tetapi peminat dia tak de pun. Kat sane bukannye tak de orang malaysia. Kalau betul nak tau ct tu glamour ke tak, kita tengoklah berapa ramai rakyat britain yang saksikan konsert tersebut... |
| lady August 1, 2005 11:36 AM PDT askum.. dah lama tp nak komen gaks..dgr kabarnya show siti dilondon tak ramai locals yg menonton..warga malaysia juga yg tgk..sampai tak mesej yg nak disampaikan? p/s puas cuba kan minat siti tp tak juga minat..tak tau la knapa.. | ||
| penjejak minda March 28, 2005 05:35 PM PST tau tak pe kak lina. bukan setakat minta sedekah tapi dah macam pengemis pun ada. | ||
| kak nina March 28, 2005 02:05 PM PST alaaaa...bosannya citer ct asik nak mintak penajaan..cam mintak sedekah la pulak...sendiri taja la siti..duit kan banyak...buleh gitu??? | ||
| deanz March 25, 2005 04:35 PM PST kita tengok di London....tungguuu! pc aku kong la hari ni...ni pc member..good luck PM.. | ||
| Leave a Comment: |