Entry: - Lantit Di Ikan Bakar - Friday, April 15, 2005




      Malam tadi kedai aku didatangi oleh 3 orang GJ yang tersampai cepat untuk ke KLD kerana tak sabor. Mereka ialah pak bear (tak dikira kerana orang melaka) ayares dan nida. Mereka sampai lebih kurang dalam kul 12. Bila melihatkan muka dia orang tau la aku bahawa mereka ni lapar tahap cipan punye...hehehe

      Setelah memilih ikan jenak untuk dimakan, barulah mereka duduk (kalau tak dia orang berdiri je). Aku pun meminta tolong pada chef aku supaya masak cepat ckit kerana mereka ni lapar gilos. (sampai nak gigit jari).

      Lebih kurang 20 minit makanan yang dipesan pun tiba. Aku ingatkan bila makanan dah sampai meraka terus baham tapi ada plak sesi bergambar. Si ayares ngan pak bear la. (aku tau nida memang dah tak sabar sebenarnye. tapi kontrol beb) hehehe. Amik gambar hidangan sebelum dan selepas di makan.

      Bila aku tanye nak buat ape? Dia orang kata nak publish kat forum. Senang ckit keje aku. Tak yah nak promote dah ada orang nak tolong promote kan. Abis je sesi bergambar ngan tak bercakap ape2 ngan tak toleh kiri kanan tau-tau je dah abis. Si nida tu tak padan kecik mkn nasi lemak sampai 2 bungkus. Pak bear ngan ayares lagi la tak yah cakap ape2. (tengok name pak bear pun tau kan).

      Lebih kurang kul 1.30 mereka pun beransur pulang (itu pun bila aku buat cara nak menghalau customer). Tak boleh la cakap derek. Kang kecik ati diaorang, aku juga yang rugi...Pastu aku pun tutup kedai. Aku sampai kat umah dalam kul 2.30

      Saat yang boring pun menjelma. Aku tak leh melelapkan mata. Ketika aku entrykan cita ni pun mata aku tak ngantok2 lagi. Tapi budak 3 orang tu konpem dah tido. Ye la perut kenyang katakan. Nak tipon tapi orang yang aku tipon tu offkan tipon dia. Ai bertambah boringle aku... Tapi aku gumbira malam ni sebab dia orang lantit kat kedai aku. Kepada GJ yang lain..! Korang bila lagi..?

      Dah la aku nak cuba tido. Kalau tak leh juga aku nak kejut smua orang yang ada dalam phonebook handphone aku supaya mereka juga tak tido mcm aku. Hehehehe


p/s:      Pak bear, ayares dan nida jgn marah ye...Aku gurau je. Aku tambah ajinomoto dalam entry aku nie....

   4 comments

madulebah
April 21, 2005   01:57 PM PDT
 
amboi.. ambooi.. rasanya dah terlebih ajinomoto dalam entry nih.. dah tuh asyik nama aku jer yg kena.. isk isk isk..

apa2 pun thanks banyak2.. kalo turun KL jgn lupa btau.. leh joint lantit kat sini plak..
penjejak minda
April 15, 2005   03:16 PM PDT
 
tika: layan2 jangan tak layan. dtg la cpat ckit.. hehehe

acidmaisya: medan ikan bakar umbai. saya leh jadi tourist guide hehehe
acidmaisya
April 15, 2005   10:09 AM PDT
 
restoran(atau yg sewaktu dgnnye tu) kat mana lokasinya?Insyallah family trip nak g melaka, may be bulan Jun. Rekomen la...
tika
April 15, 2005   09:30 AM PDT
 
wah best nya..ni yg tak sabar nak pekena nasi lemak kat sana tu..

tak leh tidur lagi ker..kesiannya dia.. layan perasaan lagi lah tu ek..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments